my beLOVEd follower

Tuesday, November 13, 2012

Survival Camping at Teluk Senangin

Assalamualaikum semua.

Minggu lepas, 9-11 Nov aku ada camping kat Teluk Senangin,Perak. Area2 Lumut n Pangkor jugakla. Theme kali ni adalah SURVIVAL! Camping ni sebenornya sambungan kelas skill aku sem lepas. Before ni aku amek Recreation 1, pergi kat Tanjung Malim. Ni ha post pasal camping tu. 


Panjang sangat ceritanya, sampai nak ada part2 aku buat.*eh cam pantun 2 keratla. haha*

Bergambau ngan ika before bertolak. Nset memang tak bawak.Time ni nga dinner kat hs cafe. :)

 Dipendekkan intro, supposedly jumaat tu berkumpul 10.30 malam, bertolak dalam 11.30pm. Tapi bas tak sampai2, dengan hujannnya lagi, gedebuk gedebak, ktorang bertolak 12.40 am dari uia. AM ok! Tempat yang nak pegi tu cikgu dah cakap awal2. tempat tu keras and kita orang 1st yang camping kat sana. *gulp*. Aku ada dengar jugak cerita kerani mama pasal tempat tu. Dia cakap Teluk Senangin tu 'keras'. Tempat 'benda' tu jalan ape semua.Dia siap pernah nampak lagi masa teman suami dia memancing kat sana. *dabel gulp*. Dekat pulak ngan tempat nama Tanjung Hantu. Nama tanjung tu je dah scary kot ! *tripel gulp*

WARNING ! ENTRY NI SANGAT PANJANG. READ ON UR OWN RISK. wkwkwkwk

Oh before lupa, this time group member aku 8 orang je. 2 laki 6 pompuan. Mostly yang pompuan aku kenal sebab akak2 kelas aku. Kami semua, zaki, syazwan, kak ct, kak aishah, kak faiqa, kak aza, ika and aku. ^^ Sampai base camp dalam pukul 6 kalau tak silap. Time tu dah dengar bunyi ombak laut dah. Sampai2 basuh muka, gosok gigi and semayang subuh berjemaah. Pagi tu dah ada aktiviti nak buat.

Pantai Teluk Senangin

Breakfast pagi tu disediakan. So takde nak ktorang masak sendiri la. After tu aktviti 1st ktorang, KENA BUAT RAKIT. Carila kayu kayan sendiri. Tali n pelampung diberi. 1st time buat rakit sendiri. Cikgu cakap, rakit tu la kita akan naik 8 org, n pergi ke campsite which is ktorang kena berakit atas laut redah ombak semua! peh! Time buat rakit ni la paling terik sekali! Memang sumber sunburn pertama aku time ni lah. Memang terik ! Tapi siap jugakla rakit ktorang. Although 2 kali pelampung ktorang meletop. 1st zaki buat. tapi takpela tak sengajakan. 2nd time, taktau sape buat tau tau dah kempis! siap ade singgit kat tepi pelampung tu. bikin angin betul time tu ! haih sabau jela.

Lebih kurang macam ni la rakit ktorang. Ni gambo gogel je. Semangat aku cari gambau yang seakan rakit ktorang. hehe

Pastu ktorang ada water confidence. Pakai life jacket then kena terapung atas air, terbalik apa semua. Kira nak kita konfiden jela dalam air. Jangan panik kalau jatuh tengah laut nanti, gitula. After zohor, ktorang dah kena gerak naek rakit memasing. 1 grup boleh bawak 1 beg je. semua makanan n brg2 kena sumbat dlm tu. Rasa macam keje gile betol. Rakit y ktorg buat macam takde cop SIRIM, boleh ke belayar kat atas laut ? seyez cuak! takot terburai tengah laut ke, terkaram ke, macam2la kat otak ni. Tapi alhamdulillah, semuanya ok je. Cuma penat nak mamp! kena kayuh guna pelepah kelapa. saket kut tangan! :(

Ktorang grup last yang sampai sebab ktorang dah ke tengah laot. Cikgu suruh gi ke batu tengah2 laut tu. Semua grup dah give up and lalu tepi teluk je. siap tolak je rakit tepi2 tu. No wonderla lincah sampai. Last2 ktorangpun benti tepi plus kak ct pun dah mabuk laut. Nak muntah dulu kat tepi. Then baru ktorang proceed tolak rakit ke tepi. After sampai je kat Labuhan Bilek Besar tu, semua melepet ! terbaring ngko kat pantai ! Sumpah penat gile !

Petang tu jugak dah dibahagi tugas every group. Ada yang kena buat toilet laki pompuan, buat surau etc. Grup aku kena buat water filtration. Sambil2 tu, mulala buat shelter nak tido. Aku rasa cuaca hari Sabtu tu mmg kesiankan ktorang tau. Sebab tengahari tak hujan, petangpun tak hujan. kalau tak, berhujanla ktorang atas laut. huhu. Grup ktorang dah terlambat nak buat unggun api. Beras n ikan kembung dah dibagi. Aku siap dah siang semua ikan2. Tapi syg, unggun api tak dapat nak buat. sebab fire starter basah, liter pun takley on sbb basah. n hujan kejap malam tu. Sedih jeee..

Tapi.. ktorang ada savior ! Cikgu Nazery datang kat shelter ktorang and tolong buatkan unggun api. Gila gigih kut cikgu tolong. Ikutkan aku dah surrender dah. Tapi cikgu cakap nanti awak kesejukan tengah2 malam nanti. Mesti ada unggun api gak. Lagipun kenala makan. takde unggun api, cane nak masak nasi n ikan tu. End up cikgu dapat buatkan ktorang unggun api, sampai abes ktorang masak nasi n panggang ikan siap. Kenangan betul cucuk ikan kat ranting n panggang atas api. bestt ! hahahha. dapatla ktorang makan malam tu although grup laen dah mule melepak je tepi pantai. takpe makan lambat, nanti lambat lapo balik. takdela tetengah malam sebok cari makanan. ye dak ? hehe.

So makan malam tu, nasi + ikan kembung panggang + kari ayam (tin) + remis rebus. yammy ! Remis tu kak aza la jumpe dulu tepi pantai. Pastu aku pun jakun, raba2 dalam pasir tu satgi banyak gile dapat ! terus dapat idea nak rebus remis tu. boleh ada side order punye makanan. Ni baru feel betul2 survival ni ! hehe

Ni lah remis tu. Banyak gile tepi pantai. Idup lagi, fresh gitu! after masak terus makan, siap rasa pasir2 lagi sebab ktorang takdela rendam betul2 nak hilangkan pasir dia. Tapi sedap! makanan fresh kan, rasa dia manis! hehe :D

Aku rasa sampai sini dulu lah aku cerita. Actually ada cerita penting, pasal tido malam tu. Something yang quite scary. Bukan quite, memang scary! tapi tunggu next post jela yea. :)

FYI, sepanjang kat sana memang tak mandi n baju asek basah je. Kaki tangan memang kecut amat!

So, till the next post. Thanx for reading :)

10 juta orang sayang aku:

Unknown said...

jumpe lg..heHE
untunglaa YER dpt g KEM..
HEHE~

BTS said...

Remis? Lama tak mkn....

MéuzAngelo™ XXIII said...

ok, boleh tahan panjangnye.. hehe
[link blog saya kat sini]

Anonymous said...

wah lamanya xpegi kutip remis kat pantai..best..hehe

saifudin said...

salam super sahabat,
tetap semangat dan sukses selalu ya
ditunggu kunjungan baliknya :)

saifudin said...

salam super sahabat,
tetap semangat dan sukses selalu ya
ditunggu kunjungan baliknya :)

cik beLLanan said...

@kyoshi_sousuke
requirement kos en. terpaksala pegi. hehe

cik beLLanan said...

@Arjuna Silvera
yup. remis fresh tangkap sendiri. hehe

cik beLLanan said...

@MéuzAngelo™ XXIII
dah warning awal2. keke

cik beLLanan said...

@~AmyLiana86~
hehe.honeymoonla lagi kat laut kak. hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails